July 30, 2011

Kisah Si Raja Makan (Intro Puasa 2)

Semalam Bubble takde idea nak buat entry apa...so ramai yang suggest buat entry pasal puasa. Jadi, Bubble akan ceritakan 1 kisah mengenai puasa.

Kat sebuah negeri, ada seorang raja. Sememangnya raja ni sangat memilih bila bab makan. Boleh cakap semua benda dia nak makan.



Sehinggalah pada suatu hari, si raja berasa bosan untuk makan makanan di istana. Semua makanan yang dimakan berasa tidak lagi enak. Dia mahukan sesuatu yang lebih lazat.

Setelah berbincang bersama menteri, salah seorang menteri menyarankan supaya si raja turun ke kampung-kamoung untuk mencari makanan yang baru. Mungkin lebih lazat masakan kampung yang belum dirasainya.

Makan si raja membuat pengumuman untuk pergi ke setiap kampung. Semua penduduk kampung dijemput untuk makan bersama raja.


Sudah 5 buah kampung raja pergi. Semuanya sama. Malah, dia semakin tidak berselera untuk makan....

"Di seberang sungai sana ada lagi sebuah kampung. Mungkin di sana masakannya lebih sedap." Kata si menteri.

Maka, keesokan harinya mereka berangkat ke kampung tersebut..

Seperti biasa, semua penduduk kampung dijemput untuk makan bersama raja. Namun, undangan raja ini telah ditolak oleh seorang lelaki tua. Dia tidak mahu makan bersama raja.
Si raja kehairanan lalu memerintah lelaki tersebut menghadapnya.

"Apa engkau menolak jemputanku?" Tanya si raja.
"Ya wahai tuanku.."
"mengapa engkau menolaknya?"
"kerana aku ada jemmputan yang lebih mewah."
"Siapa yang menjemputmu? Apa makanan yang dihidangnya lebih lazat berbanding makanan ku ini?"
"Sudah pasti tuanku. Makanan yang dihidangkan jauh lebih lazat."
"Jika begitu, bawakan aku ke majlisnya." Minta si raja.

"Di persilakan tuanku. Namun, syaratnya tuanku tidak boleh makan sebelum ke majlisnya."
"Mengapa?"
"itu syarat.."
"Baiklah kalau begitu..." Maka si raja menahan perut dari pagi sehingga ke senja menunggu saat menghadiri majlis si lelaki tadi.

Menjelang maghrib, si lelaki tua tadi datang ke balai kampung dan menjemput raja ke rumahnya. Si raja kehairanan. Mengapa ke rumah si lelaki tadi?

Setibanya di rumah lelaki tadi, baginda terkejut tatkala hanya meilhat makanan yang dihidangkan hanyalah roti dan air zam-zam.
Si raja berasa tertipu...namun memandangkan perut yang sudah lapar, raja makan dengan lahapnya.
Sedang si raja meratah makanan, si lelaki tadi berkata...
"Inilah makanan yang Allah beri. Saya yakin inilah makanan yang paling sedp tuanku pernah rasa."
"Mana majlis yang kau katakan itu?" Tanya si raja..
"Inilah majlisnya..majlis berbuka puasa. Apa tuanku tidak perasan yang tuanku telah berpuasa hari ini? Maka saat inilah majlis yang tuanku tunggu-tunggu pada hari ini...."


Barulah si raja tersentak seketika...ya, meski makanan ini nampak biasa dan tidaklah selazat makanannya di istana. Namun, inilah makan yang paling sedap dalam hidupnya. Ya, nafsu makan itu hanya tiba bila lapar. Sama sepertinya dengan nafsu yang lain. Nafsu tidur, tiba bila mengantuk, nafsu buang air tiba bila dah sarat. Nafsu bermain tiba bila bosan. Ikutkan nafsu, hancurlah kehidupan. Apa jalan penyelesaiannya? Ikutlah syariat. Kan itu panduan? Salam Ramadhan dari BUBBLE HAZE.....

July 28, 2011

Jom tilik nasib!!

Assalamualaikum semua! Apa khabar korang? Hopefully sihat la. Bubble Haze just tertarik nak tulis pasal tajuk kat atas tu. Tilik nasib. macam kat gambar bawah tu la. Kad kat bawah tu bukan kad Uno. Tu kad tarot. (Tarot Card). Kad yang org guna untuk tilik nasib. sebelum aku start, aku nak share 1 info yang aku tau skit pasal tilik nasib ni. benda ni bukan baru lagi. Start zaman Nabi Musa a.s dulu dah. Malah, pada masa tu, benda mcm ni dah jadi rutin harian diaorg. sihir2 ni semua standard la. Sampai la hari ni, masih ada lagi manusia yang percaya kat tukang tilik. 





Bukan tukang tilik je tau, dalam majalah pun leh tilik nasib!! Tak caya? Try ar selak majalah hiburan. Tgk ada x pasal zodiak.. Hahaha!! Kira sama la tu! tilik nasib jugak! skrg ni tukang tilik dah moden beb! tak payah nak buat show kat fun Fair lagi dah. Publish kat blog pun boley! 



hehehe...Kalau tak silap, kat italy ada sorang tukang tilik yang handal. setiap tilikan dia mmg tepat. then dia punya sifu, skrg dah meninggal. sifu dia leh teka masa kematian diri dia dengan tepat! hohoho!!! hebat x? Sure korang susah nak caya kan? Then sampai la benda ni ke malaysia. Org kita pun x kurang hebatnya main tilik2 nasib ni! ada yang leh baca dari tarikh lahir, tapak tangan, alur dahi, nama....pergh!!! Mantap beb! Hahaha!!! bagi yang lahir pada bulan ni, akan jadi mcm ni. kalau alur tangan mcm ni, akan jadi mcm ni lak. hehehe...aku ada hadiah untuk korang. Nak tgk? Baca kat bawah tu.


�Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad� (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).


Wow!!!! Penampar yang cukup power!!! jauh power dari POWER ROOT!!! Ambik kau. Hadis sahih lak tu. Dua perawi utama lak yang riwayatkan tu. Mmg sahih la hadis ni.



Apa? Horoscope tu ilmu astrology? Ooo....ok2. Kalau dia ilmu Astrology, kira x tilik nasib la ek? Just perwatakan kita je? Hmmmm.....korang ambik lak hadiah ni kalau mcm tu.:



�Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah�. (Surah al-Naml: 65).


Haaa!!! Yang ni mmg sahih! Dari Al-Quran!! Mmg sah2 bohong la kalau kata horoscope tu betul. Tarikh lahir la. ape ntah. Leh jatuh kufur ui!!! Jgn main2 dgn benda ni! Semua ni cuma permainan Iblis je. Nak runtuhkan kepercayaan kita kepada Allah!!! Apa???!! Korang masih percaya gak??? Ok2...ni hadiah last aku:


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar(pengakuan imannya). (Al-Hujuraat 49:15).


Skrg korang percaya yang mana satu? Tepuk dada, tanya iman..jgn tanya Aiman. Sebab.."Aiman tak kisah..."(hehehe..just kidding!)

July 26, 2011

Ibu ku seorang pembohong!!!

 Di saat ku masih kecil, aku melihat ibu berpeluh balik dari sawah..."Ibu penat?" Ibu menjawab.."Tak la, ibu belum penat lagi. Nak masak untuk ayah lepas ni.." Aku tau ibu penat, dari raut wajahnya...ibuku berbohong..






 Kemudian aku lihat adik lahir. Ibu tersenyum riang. Aku bertanya, "ibu, sakit tak lahirkan adik?"
Ibu menjawab, " Tak la, kan ibu tengah senyum ni. Hepi adik lahir tau!"
Aku tahu ibu sakit sebelum ke hospital....ibu berbohong lagi....



saat aku masuk ke sekolah, aku lihat ibu berada di luar kelas. memerhati aku belajar. Maklumlah, hari pertama....Selesai kelas, aku bertanya.."Ibu risaukan saya?"

Ibu menjawab.."Tak lah...ibu cuma tunggu ayah ambik kita. Dia lewat sikit hari ni.."
Aku tahu ibu berbohong lagi....melihat wajahnya yang sungguh risau...

Hari tu, ibu tak turun ke sawah. Aku pasti dia sedang sakit. Namun ku lihat dia gagahkan jua dirinya bangun pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. "Mak demam?"
"Tidak nak, mak cuma nak kemas rumah hari ni. Takut orang datang.." wajahnya yang pucat menceritakan segalanya..ibuku berbohong lagi....


Hari itu aku menduduki peperiksaan awam. Aku lihat ibu di luar dewan memerhatikan aku dari jauh. Berpanas, berhujan. dia sanggup tunggu aku. selesai kertas, aku keluar mendapatkan ibu. ibu memberikan aku sebotol air untuk meghilangkan haus....."ibu nak minum?"
   "Tak perlu nak. Ibu tak haus...." seharian berpanas, berhujan, mustahil ibu tak haus....ibu ku berbohong....

Malam itu, kami makan dengan serba kekurangan. Mungkin tanaman ibu tak menjadi musin ni. Lauk ku sudah habis. Namun, aku masih lapar..."nah, ambik lah makanan ibu. Ibu dah kenyang.." kenyang? ibu belum pun menjamah makanan....kenapa ibu? ibu berbohong lagi.....





apa lagi yang ingin ibu sembunyikan...semuanya aku sudah nampak bu...
Aku tahu, ibu buat semua ini, untuk kebaikan kami.
Tanda kasih yang tulus dari hati..
Yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi kami....
Ibu, aku sayang padamu....