December 3, 2011

Cinta Psycho!!

Apa pandangan korang tentang cinta psycho? Bubble percaya ramai orang kat sini tak suka dengan kaki psycho ni. Ya, contoh paling mudah nak bagi kat facebook la. Bukan kat facebook je, kat twitter, myspace, tagged, semua ada. Tapi paling popular kat cinta muka buku ler..aka facebook.



Kalau kita tengok budak-budak zaman sekarang, trend da macam orang putih. Kalau orang putih, takde makwe, pakwe, tu kira low class la beb. Tak laku. Sama la dengan anak muda kita sekarang. Kalau kat facebook  tak ada in relationship dengans apa-sapa, terasa rendah diri. Terasa diri tak laku..amboi! Penting sangat ke relationship tu?


Tapi tu la hakikatnya. Samapai ada yang buat dua akaun then in relationship dengan akaun tipu tu. Tak hairan la kalau pasangan facebook dia tu sikit gila friends. Nanti kalau orang tanaya, "Mat, apasal makwe ko nyer akaun tu sikit sangat friend?"
Mat jawab apa?? "Ala, tu yang aku suka. Makwe aku tak sosial." nenek dia tak sosial. Kalau dah buta-buta tu akaun palsu. Perlu ke samapai macam tu?

Next, masalah cinta tak kesampaian. Ni lagi berat kes. Nak dijadikan cerita, ader la sorang mamat ni dia syok sangat dengan sorang makwe ni. Tapi sayang la pulak, cinta tak disambut. Alahai, la nasib badan. Apa ka malang si mamat ni. Lalu si mamat ni marah lalu buat la akaun palsu dan menuduh si dara tadi macam-macam.

"Ko dah tak suci lagi! kau kepunyaanku! hahaha!" ini la yang muncul kat wall si perempuan tadi. Lalau tersebar la berita buruk yang tidak benar tentang si wanita tadi. kesian tak? Jadi, jangan la approve orang sebarang ye? Sebab kes macam ni la ramai pasangan bercerai. Ramai yang putus tunang.

Lagi satu kes clash dengan makwe. Ni paling popular la kot. Lepas clash tu biasa la. nak unfriend la kononnya. Tapi dalam masa yang sama buat lagi satu akaun dan friend dengan bekas makwe. Konon nak stalk si wanita. Tengok si dia setia ke tak dengan cinta lama. Bila si perempuan dah ada yang baru, maka muncul la si jantan sebagai hero kampung! "Oh, begini kau buat aku. Aku cuma menghilang kejap kau dah ada pengganti.." ceh! dah clash tu lantak si perempuan la nak cari lain. Ko nak sibuk buat apa?

Korang rasa-rasa macam mana kes semua di atas? bubble cuma bagi pandangan personal je ek? Apa-apa nak tambah, sila letak di ruang komen. Komen anda amat berguna buat Bubble nak menulis lagi..;) Peace yo!