August 27, 2011

Kematian yang mengejutkan.

Salam Lebaran dari Bubble,


Petang tadi Bubble baru sampai ke kampung. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit masalah, Bubble sampai jugak ke kampung untuk berjumpa nenek tersayang...;)

Tiba je kat kampung, pakcik terus bawak ke perkampungan iban untuk ambik buah durian. Memang banyak giler durian kitaorang angkut. dekat sebakul besar la jugak.

Petang tu Bubble dikejutkan dengan satu berita kematian sahabat yang sudah lama kenal. Yup...sama sekolah dan sedang menuntut di universiti yang sama sekarang.

Baru 3 hari lepas jumpa dengan arwah. Sempat lagi bergurau...tak ada masalah pun.

Tup-tup dengar dah meninggal...malam tadi meninggal dah...sampai sekarang bubble masih terkejut dengan pemergian arwah. Walaupun tak seagama, tapi memang sangat menyedihkan.


Tahun ni je Bubble terima dua berita kehilangan sahabat sama sekolah. Betul cakap ustaz, orang muda lagi cepat mati dari orang tua....

dah dekat nak raya ni, ada perancangan nak ajar beraya sama. Tapi tak ada jodoh nak raya sama kan? apa boleh buat...

Tazkirah buat kita semua. jangan anggap usia masih muda,  badan masih sihat, lambat lagi nak mati. Sebab-sebab kematian, biarlah bubble rahsiakan ye....
Salam dari bubble...

August 25, 2011

Jumpa Bubble Haze di facebook!

Salam dari Bubble!

Setelah menyiapkan assingnment, Bubble bukak la internet ni. terfikir pulak nak buat page untuk blog kesayangan. Maka, tercipta la page Bubble Haze kat facebook. Klik gambar kat bawah ni untuk like page bubble. :)



Jadi, kepada sahabat-sahabat sekalian, kita borak-borak la kat facebook ye. Bubble pun akan post entry terbaru di sana. Jadi, kepada pembaca yang bukan blogger, yang tak follow, subscribe, tapi nak ikuti perkembangan blog bubble, dipersilakan like page Bubble kat facebook ok?

Harap-harap akan lebih erat ikatan antara blogger-blogger. Oh ya, kalau ada post entry terbaru tu, post kat page bubble ya. Senang bubble nak lawat.

Maklum lah, Bubble ni suka nak baca cerita baru. Idea para blogger amat bubble hargai!

Salam Lebaran dari Bubble haze!
P/S: Akhirnya ada jugak page Bubble....:)

August 24, 2011

Balik Kampung!!

Salam untuk semua!

Tak sedar kita sekarang ni dah di penghujung Ramadhan. Bagi yang bekerja, ramai dah takda mood nak kerja.
Semua pasang mood nak balik beraya!



Macam tu jugak la Bubble. Tak sedar dah nak balik da.
Mungkin disebabkan kerja yang agak banyak semanjak kebelakangan ni, bubble tak perasan masa yang berlalu.
Pejam celik, dah nak balik lusa. Lepas ni boleh tenangkan otak di kampung halaman. tengok sawah padi yang luas, sungai yang tenang, tanah perkuburan yang sepi....(rumah Bubble kat kampung dekat dengan kubur..:))
Sebelum balik ni bubble nak siapkan semua assingnment yang tertangguh. Sebab, lepas cuti ni memang dah tak ada masa nak buat. 

Lepas cuti je terus ada 3 test, 1 kuiz, 3 assingnment untuk dihantar dan 2 presentation. semua tu dalam 1 minngu lepas raya dan lepas tu final exam. Pack kan???

So, sebagai pelajar, jangan tangguh kerja tau! Makin banyak kerja nanti, jadi tak siap lak. Sapa yang susah????


So, kepada yang dah balik kampung, selamat bercuti! Kapada yang tak dapat balik raya, jangan risau ye? Sekali sekala beraya di perantauan, baru la thrill!!

Salam lebaran dari bubble haze!

August 22, 2011

Sahabat yang akan berlalu pergi...

Suatu hari yang indah, kita sibuk menghabiskan kerja seharian. Kerja yang seharusnya kita buat untuk menampung hidup. Penat lelah kita tanggung seharian.


Tiba-tiba muncul seseorang menghalang kerja kita. Kita rasa rimas! Kita rasa tidak selesa.
Dia memaksa kita berehat. Berhenti bekerja untuk seketika. Ada di antara kita yang tidak mempedulikan nasihat si sahabat ini dan terus bekerja.

si sahabat tanpa bicara dan memerhati sahaja. Tidak membantah dan tidak memaksa. 

Bagi yang menuruti nasihat sahabat ini, mereka dijaga dengan baik. Pada malam harinya, si sahabat membenarkan kembali kita bekerja. Nikmat kerja pada malam harinya ditambah dan kesihatan kita juga dijaga rapi.

Kini, hanya tinggal lagi kurang sepuluh hari si sahabat akan pergi. Segala kasih sayang yang dicurahkan kepada kita juga akan pergi bersama. Sebelum meninggalkan kita, si sahabat berjanji akan memberikan hadiah terbaik untuk kita! Apakah bahagianya kita, tatkala orang yang pergi meninggalkan kita pula yang memberi hadiah!

Ya, itulah Ramadhan.....tiggal beberapa hari lagi si Ramadhan akan meninggalkan kita. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir? Tidak pasti pula Ramadhan akan tiba lagi tahun hadapan....

Bagaimana persiapan kita meninggalkan Ramadhan? 

Salam Lebaran dari Bubble Haze....


August 20, 2011

CARA SETTING WIRELESS

1. Periksa komputer/laptop kamu apakah driver wireless telah terinstall apa belum

2. Cara checknya Menu – Run, ketik devmgmt.msc /klik kanan my computer -pilih properties-pilih hardware-lalu pilih device manager, seperti gambar di bawah:

3. Kalau belum seperti gambar di atas, install dahulu ya drivernya (biasanya ditandai dengan tanda tanya bewarna kuning kalau drivernya belum terinstal)

4. Pilih Control Panel – Network Connection, klik dua kali pada pilihan koneksi wireless network connection.
Pada menu samping kiri, pilih refresh network list, sehingga akan muncul daftar dari jaringan wireless yang ada dalam jangkauan
Koneksi wireless dibagi dalam dua kelompok, unsecured dan secured. Pada unsecured laptop kita akan otomatis terdaftar menggunakan IP dinamic, sedangankan pada secured kita diharuskan registrasi terlebih dahulu ke admin jaringan untuk mendapatkan IP .
Pilih salah satu yang unsecured -jika ada- dari daftar pilihan koneksi wireless yang tersedia, kemudian tekan tombol connect pada bagian kanan bawah

5.Jika connect, pada icon tray Windows, akan muncul icon wi-fi yang menyala hijau dilengkapi dengan kualitas kekuatan sinyal wi-fi yang diterima yaitu Excellent (54 Mbps), Very Good, Good,Low, Poor
Untuk melihat status koneksi, klik dua kali pada icon tersebut maka akan muncul jendela status dari koneksi wireless tersebut.

6.Coba klik icon wireless yang terdapat pada menubar sebelah kanan bawah komputer/lapotop.

August 18, 2011

Tamak selalu rugi?? Fikir kembali....

Salam dari Bubble Haze untuk semua....
Kita sudah pasti biasa dengar pasal orang tamak selalu rugi kan?
Kita benci dengan orang yang mempunyai sifat tamak yang power!
Kita tak suka bila seseorang yang tamak makan semeja dengan kita.
Kita tak suka bila berurusan dengan orang yang tamak.





Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia


Seperti mana yang kita tahu, Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
Jadi, mengapa wujudnya sifat tamak?
Kemana harus kita gunakan sifat ini?

Tamaklah dalam menuntut ilmu


Tahu atau tak, ilmu tu lagi beharga dari harta berjuta?
"Wei! Ko bawak la ilmu kau tu kat pasar, tengok apa barang boleh beli??"
Hehehe...jangan cabar...sejarah membuktikan saidina Usman Al-Affan masuk ke kota Mekkah tanpa sebarang harta dan hanya meminta ditunjukkan di mana pasar kota mekkah. Lalu beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang paling kaya! Ada berani?

Nanti Bubble bincangkan lagi beza ilmu dengan harta ya?

Berbalik pada topik asal, kita dikurniakan sifat tamak ni, guna la dalam menuntut ilmu. Bubble nak share sikit masa kat sekolah menengah. Kat sekolah rendah dulu mana ada member agama lain sebab sekolah kat sekolah agama. Then bila masuk sekolah sekolah menengah, mula la campur dengan member berbangsa cina. Tambah-tambah bila lepas form 3. Bubble diserapkan ke kelas paling top sebab PMR straight A.
Kat dalam kelas tu cuma 5 orang je beragama Islam dari 30 orang pelajar. Oh ya, sekolah Bubble ni diiktiraf sekolah paling ramai pelajar di Malaysia. try google. SMK Bintulu. Kelas tingkatan 5 sahaja ada hampir seribu budak. Kalau campur semua budak form 1 sampai form 6, hampir 5 ribu student. Bayangkanlah punya ramai manusia kat sekolah tu.


Ok, back to topic. bila masuk kelas ni, bubble sedikit rasa pelik. Budak-budak cina punya semangat nak belajar, sampai buat add math kat tepi tangga. Pantang je jumpa masa terluang, confirm ada je buku or calculator kat tangan. Bubble mula-mula pelik la. Tapi bila dah lama member dengan diaorang, terikut-ikut pulak..

Lagi Tamak!


Nak diceritakan betapa tamaknya mereka menuntut ilmu, sampai mereka berkira bila kelas tambahan habis awal! Pernah satu hari tu, bila cikgu cakap kelas tambahan hari tu kena habis awal, sebab cikgu ader masalah. Tak la lama sanagat, dalam 15 minit awal. Mereka siap claim nak guna kelas 15 minit tu buat homework. Bubble yang dalam group tu pun ikut je la diaorang...

Pernah satu ketika bubble agak down sebab markah kimia bubble asyik rendah je dalam kelas. SPM pun dah nak dekat...Bubble berjumpa la dengan seorang student ni. Oh ya, dia adalah pelajar terbaik MUET malaysia pada 2007 dan pelajar STPM terbaik Malaysia 2008. Mark Wong Siang Kai. Juga dari sekolah Bubble. Dan Bubble selalu berjumpa denga dia sebab sama-sama pengawas sekolah. Masa tu Bubble agak down sebab markah kimia selalu rendah. Then, bubble masa borak dengan dia, dan terpancul la ayat ni,
"Mark, am i still got time to improve my chemistry mark before spm start?"
Mark cakap apa??
"Hey! 1 minute is also time!" dengan muka senyum dia tu Bubble rasa terhempas kejap....Ya....1 minit tu pun masa.

Tamak dengan masa!


Baru Bubble teringat, yang mereka kear, bukanlah ilmu semata mata. Tapi masa! Masa yang membezakan sejauh mana kita berusaha. Masa semestinya lebih beharga dari Harta kerana, kita merebut harta dengan masa! Mereka sangat tamak dengan masa! Mereka sangat tamak untuk merebut masa!

Sepatutnya kita yang beragama Islam ni lebih awal tahu hakikat ini. Sebab Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Beribadahlah seperti kamu akan mati esok hari, dan tuntutlah ilmu seperti kamu akan hidup selamanya.."Rasulullah SAW bermain dengan masa tatkala mengajar ummatnya menuntut ilmu. Tamaklah dengan lmu, tamaklah dengan masa. Kerana Allah telah jadikan sifat tamak tu wujud dalam diri kita tak kira kita Islam atau tidak....

Salam dari Bubble Haze....

August 15, 2011

Bicara Jibril a.s dengan Rasulullah SAW

Salam buat semua,
Hari ni Bubble nak tunaikan janji. Nak bercerita sikit pasal kita. Yes! kita! Perbualan antara dua makhluk yang sangat hebat mengenai KITA! Siapa dua makhluk hebat ini? Mereka adalah antara Rasulullah SAW, kekasih Allah dan Malaikat Jibril a.s, pengutus wahyu dari Allah kepada Rasulullah SAW. Apa yang mereka bualkan? Jom kita lihat....




Jibril a.s: Ya Rasulullah, siapakah lebih beharga antara engkau dan semua makhluk di bumi ini?

Rasulullah SAW: Sudah tentu aku. Kerana mereka diwujudkan untuk mengikut ajaranku.

jibril : yang mana pula lebih beharga antara eangkau dan seluruh kehidupan di bumi ini?

Rasulullah SAW : Pasti aku. Kerana kehidupan di bumi ini dicipta untukku.

Jibril : Lalu, antara engakau dan seluruh isi langit dan bumi, siapa lebih tinggi darjatnya?

Rasulullah SAW: Sudah tentu aku, kerana langit dan bumi dicipta untuk kehidupanku.

Jibril : Antara aku dan engkau, siapa lebih tinggi darjatnya?

Rasulullah SAW: Sudah tentu aku, kerana engkau diciptakan untuk menyampaikan wahyu kepadaku.

Jibril : Antara eangkau dan Islam, siapa lebih tinggi darjatnya?

Rasulullah SAW: Sudah pasti ISLAM. Kerana aku diutuskan untuk menyampaikan Islam....

Lalu, siapakah yang mampu memikul Islam? Jika Islam diturunkan pada gunung, pasti gunung itu akan hancur kerana amanah yang amat berat pada agama Islam. Hanya Manusia yang mampu memikul agama Islam. Tiada makhluk lain yang mampu memikul amanah ini hatta malaikat sekalipun kerana, islam itu diutuskan untuk menjadi cahaya kepada seluruh alam.
Tingginya darjat islam yang kita pikul. Lebih tinggi dari langit dan bumi. Lebih tinggi dari darjat Jibril a.s. Malah, lagi tinggi dari darjat Rasulullah SAW. Kemana kita bawakan amanah ini?? Sehinggakan kini agama Islam sudah berada di telapak kaki. di mana bezanya umat Islam dan kafir sekarang??

Bubble bercerita berdasarkan pengalaman...berdasarkan pemerhatian...nyata di akhir zaman, umat islam kita sayangkan hiburan dan takutkan kematian.
Semoga kita sentiasa beringat...salam dari Bubble Haze.....



August 13, 2011

Kita lupa kan??

Menyesal aku lahir ke dunia...
kenapa aku dilahirkan begini?
Aku rancang nak jumpa bomoh la....
Aku nak bunuh mamat ni!
Menyesal aku hidup..
aku nak bunuh diri...

selalu tak kita dengar ayat-ayat macam ni?

Mesti pernah kan?
Ye...kita selalu ada masalah. Kita selalu kesempitan hidup. Kita selalu tak ada masa...
Tapi kita perasan tak satu benda?
Kita selalu tak bersyukur...
Macam-macam dah Allah bagi kat kita, tapi di mana semua syukur kepada setiap nikmat yang diberi?
Setiap nikmat, ada syukurnya. Namun, betapa banyak nikmat diberi, terlalu sikit syukur dibalas.
Adui.....lagi teruk kalau ucap perkataan di atas tu.

Lagi kita lupa


dalam dunia ni siapa paling kuat?
Dalam dunia ni siapa paling pantas?
Dlaam dunia ni siapa paling gagah?
Dalam dunia, siapa raja rimba?
Dalam dunia ni siapa raja gunung?
Siapa?


Paling kuat gajah?
Paling pantas cheetah?
Paling gagah harimau?
raja rimba singa?
Raja gunung pulak helang?

Tau tak jawapan tu salah??

Raja semua jawapan di atas adalah manusia.
Ya! Manusia paling gagah! Paling pantas! Paling kuat! Raja rimba! Raja segalanya di dunia!
Tiada haiwan dapat memecut hatta kereta kancil 660cc hasil ciptaan manusia. Tiada haiwan dapat mengangkat 100tan besi jika dibandingkan dengan manusia menggunakan kren, tiada haiwan mampu menyentuh manusia apabila manusia melepaskan sedas tembakan senapang patah, tiada satu pun binatang mampu menjejakkan kaki ke gunung Everest dan turun ke kaki gunung semula. Jadi, siapa lebih hebat?

Kerana dunia ini diciptakan untuk manusia. Kita dilantik menjadi khalifah di dunia.
Mengapa Bubble cakap demikian?
Apabila diciptakan manusia, dibantah oleh para malaikat. Namun Allah tetap menciptakan manusia tanpa keraguan dan para makhluk di syurga disuruh SUJUD kepada manusia.
Lalu si malaikat berkata, "Jika Allah tidak menyuruh aku untuk sujud kepada Adam, nescaya aku tidak akan sujud kepada yang lain kecuali Allah.

Tinggi sungguh darjat manusia Allah letakkan. Namun kenapa masih ramai yang tidak sedar diri? Tidak yakin dengan kekuatan diri?
Semuanya kerana ceteknya kepercayaan kita kepada pencipta. Bubble pun buka la alim. Bukan ustaz pun. Cuma kadang-kadang bengan dengan sesetengah pihak. Korang paham-paham la kan? Ada sampai nak bunuh diri bila putus cinta, nak mintak tolong jin bomohkan orang, nak puja kubur mintak nombor ekor...apa kes ni?

Bumi untuk manusia


Bumi ni Allah ciptakan khas untuk manusia. Terpulanglah nak buat apa. Selagi mana tetap jalan kepada landasan agama. Nak bagi contoh?
Seorang manusia sepanjang hayatnya berapa ekor ayam dia makan? Kambing? Lembu??? Tak termasuk semut, nyamuk, lalat yang mati tanpa sebab lagi. Ada tak binatang-binatang ni buat rusuhan anak mereka mati? Setakat ni bubble tak pernah la dengar lagi.

Kalau seorang manusia mati dibaham buaya, maka seluruh penduduk kampung turun mencari buaya tersebut nak bunuh buaya tu. Ada nampak tak perbezaan tu??

Setakat ni je la Bubble cerita ek?? Ada lagi sambungan lepas ni. Tapi dalam bentuk cerita la. Sebab bubble suka berserita..:) Nak dengar tak cerita bubble???

August 11, 2011

Anda seorang pemarah??

Cerita ni biasa kita dengar sejak kecil lagi. Bubble pun dengar cerita ni sejak kecil lagi. Sebagai renungan, jom kita layan cerita ni..:)

Di sebuah bandar, tinggal seorang lelaki yang kuat marah. Pantang dicabar, pantang silap, pantang segalanya, pasti mengamuk tidak tentu hala. Tak hairanlah kalau semua orang di sekelilingnya membenci lelaki ini.

Si ayah juga perasan tentang kerenah anak jantannya ini. Lalu
berfikir cara terbaik untuk mengajarnya. Lalu, pada suatu hari si ayah memberi lelaki ini tukul dan paku. Di belakang rumahnya ada satu tembok papan. Si ayah menyuruh anaknya memahat paku pada papan ini setiap kali dia marah. Mulai saat itu, si lelaki ini melakukan seperti mana yang ayahnya suruh.



Sampai pada satu ketika, si lelaki tadi berjaya mengawal marahnya lalu menkhabarkan berita gembira tersebut kepada ayahnya. Lalu si ayah tersenyum gembira dan membawa anak lelakinya itu ke tembok papan tempat si anak melepaskan amarahnya.

Alangkah terkejutnya si ayah melihat papan tersebut dipenuhi paku. Hampir berpuluh ribu paku terpacak di situ bererti si anak sudah marah hampir puluhan ribu kali.

"Sekarang aku nak kau cabut semua paku ini." Si anak lelakinya itu segera menturuti perintah ayahnya.
"Sekarang kau lihat betapa banyaknya kesan paku yang telah kau tinggalkan. Begitulah marahmu itu. Begitu senang kau lepaskan, bersusah payah pula kau mancabut kembali paku itu. Namun, kesannya masih tetap ada di sini sampai bila-bila."

jika papan itu melambangkan hati orang yang kita marah, kita nilaikan betapa banyaknya kesan calar yang tidak dapat kita hapuskan...renungkan bersama...

Salam dari BUBBLE HAZE....

August 10, 2011

My first wordless Wadnesday..




August 9, 2011

Malang menimpa Bubble Haze

semalam Bubble keluar bebrbuka puasa dengan roommate kat Sarawak Plaza. Macam biasa la, kat Sarawak Plaza tu nak cari parking punya la susah. Al last, apat la parking kat belakang Sarawak Plaza tu.

Dipendekkan cerita, lepas berbuka tu, kitaorang balik ke kereta then, tgk kereta dah kena pecah. Masa tu semua dah mengelabah...

Apa yang hilang?:



Banyak juga la benda yang hilang. Cd palyer kereta hilang, beg DSLR Bubble yang ada lens semua tu hilang. Nasib baek kamera bubble bawak...dan yang paling sedih, Rollerblade kesayangan Bubble turut hilang...yang ni Bubble tak boleh tahan.



Kenapa Rollerblade?:






Rollerblade tu la satu-satunya rollerblade Bubble yang tinggal. Bubble beli guna duit sendiri tau...harga? Harga dia adalah gaji sebualn seorang guru sandaran. Korang fikir la betapa mahalnya benda tu dan bubble kumpul duit nak beli....



Rollerblade tu ada banyak kenangan bersama Bubble. Setiap hari Bubble practice guna roller tu. Paling kurang 3 jam sehari Bubble practice. Lagipun rollerblade tu pernah sampai ke Shanghai untuk qualify ke Asian X Games. Betapa la Bubble sayang sangat kat roller ni kan?

Tamat sudah kontrak:


Hilangnya rollerblade tu, maka tamatlah kontrak pinjaman Allah kepada Bubble untuk roller tu. Maka sekarang Bubble kena kumpul duit untuk beli rollerblade baru...:(
buka seratus dua, tapi beribu jugak la....
Nanti kalau dah ada roller baru, bubble bagitau ek??
(Tlg la klik advert bubble ya..hehehe...)

Sekian dari Bubble Haze..salam Ramadhan....




August 7, 2011

Sembelih ayam itu.

Di sebuah pergunungan, sekumpulan remaja sedang menuntut ilmu. Sehingga pada suatu hari, mereka di beri ujian oleh guru mereka.

"Wahai anak muridku, hari ini aku akan bagi ujian kepada kamu semua. untuk menilai sejauh mana kamu faham dengan apa yang aku ajarkan selama ini."
Anak murid ini emuanya tunduk. Patuh kepada guru mereka.
Mereka diberi seekor ayam setiap seorang.


"Kamu sembelihlah ayam ini. Cari tempat di mana tidak ada seorang pun yang dapat melihatmu."

Lalu mereka berpecah mencari tempat yang sesuai. Ada yang menyorok di celah batu, ada yang memanjat pokok, ada yang bersembunyi di dalam hutan dan ada juga yang pergi ke dalam sungai.

Setelah tamat masa yang diberikan, mereka berkumpul di hadapan guru mereka. Dalam ramai-ramai anak muridnya, ada seorang yang belum menyembelih ayamnya. lalu si Mahaguru bertanya:

"mengapa kau tak sembelih ayam itu?"

"Wahai maha guruku, aku telah mencari setiap tempat yang aku rasakan selamat. Namun tak ada satu tempat pun aku boleh bersembunyi. Aku sentiasa merasakan bahawa aku diperhatikan."

"Siapa yang memerhatikan kau?"

"Allah..."

Lalu si mahaguru mengangguk dan mengucapkan syabas kepada lelaki tadi. Ternyata hanya dia yang berjaya melepasi ujian kali ini..

Sejauh mana kita percaya kepada Allah? Sejauh mana kitamengerti dan menghayati maksud Ihsan? Allah maha melihat apa yang kita kerjakan. Jika semua memahami dan percaya Allah itu maha melihat, pasti tidak ada jenayah dalam dunia ni kan?

Salam dari BUBBLE HAZE...


August 5, 2011

Jaringan LAN,MAN,WAN and Peralatan jaringan serta topologi jaringan



Jaringan LAN
LAN (Local Area Network) adalah suatu kumpulan komputer, dimana terdapat beberapa unit komputer (client) dan 1 unit komputer untuk bank data (server). Antara masing-masing client maupun antara client dan server dapat saling bertukar file maupun saling menggunakan printer yang terhubung pada unit-unit komputer yang terhubung pada jaringan LAN.
Berdasarkan kabel yang digunakan ,ada dua cara membuat jaringan LAN, yaitu dengan kabel BNC dan kabel UTP.
Keuntungan Jaringan LAN.
· Pertukaran file dapat dilakukan dengan mudah (File Sharing).
· Pemakaian printer dapat dilakukan oleh semua client (Printer Sharing).
· File-file data dapat disimpan pada server, sehingga data dapat diakses dari semua client menurut otorisasi sekuritas dari semua karyawan, yang dapat dibuat berdasarkan struktur organisasi perusahaan sehingga keamanan data terjamin.
· File data yang keluar/masuk dari/ke server dapat di kontrol.
· Proses backup data menjadi lebih mudah dan cepat.
· Resiko kehilangan data oleh virus komputer menjadi sangat kecil sekali.
· Komunikasi antar karyawan dapat dilakukan dengan menggunakan E-Mail & Chat.
· Bila salah satu client/server terhubung dengan modem, maka semua atau sebagian komputer pada jaringan LAN dapat mengakses ke jaringan Internet atau mengirimkan fax melalui 1 modem.
GAMBAR : JARINGAN LA N
Jaringan MAN
Metropolitan area network atau disingkat dengan MAN. Suatu jaringan dalam suatu kota dengan transfer data berkecepatan tinggi, yang menghubungkan berbagai lokasi seperti kampus, perkantoran, pemerintahan, dan sebagainya. Jaringan MAN adalah gabungan dari beberapa LAN. Jangkauan dari MAN ini antar 10 hingga 50 km, MAN ini merupakan jaringan yang tepat untuk membangun jaringan antar kantor-kantor dalam satu kota antara pabrik/instansi dan kantor pusat yang berada dalam jangkauannya
GAMBAR: JARINGAN MAN
Jaringan WAN
WAN (Wide Area Network) adalah kumpulan dari LAN dan/atau Workgroup yang dihubungkan dengan menggunakan alat komunikasi modem dan jaringan Internet, dari/ke kantor pusat dan kantor cabang, maupun antar kantor cabang. Dengan sistem jaringan ini, pertukaran data antar kantor dapat dilakukan dengan cepat serta dengan biaya yang relatif murah. Sistem jaringan ini dapat menggunakan jaringan Internet yang sudah ada, untuk menghubungkan antara kantor pusat dan kantor cabang atau dengan PC Stand Alone/Notebook yang berada di lain kota ataupun negara.
Keuntungan Jaringan WAN.
· Server kantor pusat dapat berfungsi sebagai bank data dari kantor cabang.
· Komunikasi antar kantor dapat menggunakan E-Mail & Chat.
· Dokumen/File yang biasanya dikirimkan melalui fax ataupun paket pos, dapat dikirim melalui E-mail dan Transfer file dari/ke kantor pusat dan kantor cabang dengan biaya yang relatif murah dan dalam jangka waktu yang sangat cepat.
· Pooling Data dan Updating Data antar kantor dapat dilakukan setiap hari pada waktu yang ditentukan.

GAMBAR: JARINGAN WAN


PERBEDAAN LAN, MAN & WAN
LAN: Local Area Network
MAN: Metropolitan Area Network
WAN: Wide Area Network

Yang Membedakannya:
1. Jangkauannya
2. Kecepatan transfer data

Mis: LAN memiliki batasan area 2 KM tetapi mempunyai kecepatan transfer sampa 2 MBPS, sedangkan WAN memiliki jangakauan sampai beribu” KM tetapi mempunya kecepatan transfer sampai 64kbps
INTERNET, INTRANET & BANDWITH
Singkatan dari Interconnection Networking. The network of the networks. Diartikan sebagai a global network of computer networks atau sebuah jaringan komputer dalam skala global/mendunia. Jaringan komputer ini berskala internasional yang dapat membuat masing-masing komputer saling berkomunikasi. Network ini membentuk jaringan inter-koneksi (Inter-connected network) yang terhubung melalui protokol TCP/IP. Dikembangkan dan diuji coba pertama kali pada tahun 1969 oleh US Department of Defense dalam proyek ARPAnet. dalam artiakan membentuk suatu
intranet adalah sebuah jaringan privat (private network) yang menggunakan protokol-protokol Internet (TCP/IP), untuk membagi informasi rahasia perusahaan atau operasi dalam perusahaan tersebut kepada karyawannya. Kadang-kadang, istilah intranet hanya merujuk kepada layanan yang terlihat, yakni situs web internal perusahaan. Untuk membangun sebuah intranet, maka sebuah jaringan haruslah memiliki beberapa komponen yang membangun Internet, yakni protokol Internet (Protokol TCP/IP, alamat IP, dan protokol lainnya), klien dan juga server. Protokol HTTP dan beberapa protokol Internet lainnya (FTP, POP3, atau SMTP) umumnya merupakan komponen protokol yang sering digunakan
Lebar pita (bahasa Inggris: bandwidth) dalam teknologi komunikasi adalah perbedaan antara frekuensi terendah dan frekuensi tertinggi dalam rentang tertentu. Sebagai contoh, line telepon memiliki bandwidth 3000Hz (Hertz), yang merupakan rentang antara frekuensi tertinggi (3300Hz) dan frekuensi terendah (300Hz) yang dapat dilewati oleh line telepon ini.
Pada jaringan komputer, bandwidth mengacu pada kecepatan transfer data, umumnya dalam satuan Kbps (kilobit per detik/kilobite per second
PERALATAN JARINGAN
Repeater
Seperti umumnya suatu sinyal listrik yang dikirim lewat suatu media perantar, semakin jauh dari pemancar akan makin melemah sehingga suatu saat tempat tertentu sinyal tersebut tidak dapat diterima dengan baik. Repeater adalah suatu peralatan jaringan yang berfungsi untuk memperkuat sinyal yang akan dikirim agar dapat diteruskan ke komputer lain pada jarak yang jauh.
Repeater bekerja pada lapisan physical dan tidak memiliki suatu tingkat kecerdasan untuk menentukan tujuan akhir sinyal (informasi yang dikirim) Repeater umumnya digunakan pada topologi bus, dima sinyal hanya diperkuat dari satu segmen kabel ke segme kabel lainnya.

Hub
Seperti juga repeater, hub hanya berfungsi untuk memperkuat sinyal dan tidak memiliki kecerdasan untuk menentukan tujuan akhir informasi yang dikirim. Perbedaannya dengan repeater, hub memiliki sejumlah port sehingga sering disebut juga multi-port repeater. Pada hub, sinyal yang diterima pada suatu port akan diteruskan ke semua port yang dimilikinya. Hub umumnya digunakan pada jaringan dengan topologi star.
Jaringan komputer dapat diibaratkan sebagai jalan untuk kendaraan umum. Pada suatu hub, hanya terdapat satu jalur untuk semua kendaraan yang masuk dan keluar. Oleh sebab itu setiap kendaraan harus bergantian menggunakan jalur tol (hub) tersebut seperti tampak pada Gambar 2.8, jika tidak ingin terjadi tabrakan. Oleh sebab itu dikatakan bahwa hub hanya mempunyai satu collision domain (wadah tabrakan) untuk semua port.
Hub hanya mendukung mode half-duplek, karena hanya memiliki satu domain collision untuk semua port. Pada status half-duplex, data hanya dikirim atau diterima secara bergantian.

Bridge
Jika jumlah komputer bertambah banyak, lalulintas data pada jaringa bertambah padat sehingga dapat menimbulkan masalah kemacetan jaringan. Seperti juga jalanan untuk kendaraan umum, jika jumlah kendaraan di jalanan semakin banyak, lalulintas menjadi semakin macet. Untuk mengatasi masalah ini dibuat jalan-jalan baru tau jalan tol. Demikian pula untuk mengurangi kemacetan pada jaringan komputer maka jaringanjaringan tersebut dibagi-bagi menjadi beberapa segmen jaringa yang lebih kecil. Peralatan jaringan yang dapat membagi suatu jaringan menjadi dua segmen adalah bridge.
Bridge bekerja pada lapisan data-link sehingga mampu untuk mengenal alamat MAC. Bridge memiliki tabel penterjemah yang secara otomatis membuat daftar alamat MAC dari komptuer yang berada pada jaringan. Dengan menggunakan tabel penerjemah ini, bridge meneruskan data yang diterima ke alamat MAC komputer yang dituju. Pemakaian bridge sudah sangat berkurang saat ini.

Switch
Seperti juga bridge, switch juga bekerja pada lapisan data-link, oleh sebab itu sering disebut switch lapisan kedua (Layer-2 switch). Cara kerja switch sebetulnya mirip dengan bridge, tetapi switch memiliki sejumlah port sehingga sering disebut multiport bridge.
Cara menghubungkan komputer ke switch sangat mirip dengan cara menghubungkan komputer ke hub. Oleh sebab itu switch dapat digunakan langsung untuk menggantikan hub.
Seperti telah dijelaskan sebelumnya, jaringan komputer dapat diibaratkan sebagai jalan untuk kendaraan umum. Pada switch, disediakan satu jalur tersendiri untuk setiap port. Pada switch analoginya setiap kendaraan yang masuk dan keluar dari suatu jalan cabang (port) dapat langsung masuk ke jalan tol (switch) tanpa harus menunggu kendaraan lain yang masuk melalui jalan cabang (port) lain. Hal ini dikatakan bahwa setiap port pada switch mempunyai collision domain sendiri yang sangat mempercepat pengiriman data pada jaringan. Inilah merupakan keunggulan switch dibandingkan hub.

Router
Router memiliki tingkat kecerdasan yang tinggi dan mampu meneruskan data ke alamat-alamat tujuan yang berada pada jaringan yang berbeda. Router bekerja pada lapisan network atau lapisan ketiga model OSI dan meneruskan paket data berdasarkan alamat logika seperti IP address. Router biasanya lebih banyak digunakan untuk hubungan jaringan WAN.
Untuk mempelajari router, Anda memerlukan pengertian yang mendalam mengenai konsep jaringan TCP/IP.

Routing Switch
Routing Switch atau sering disebut switch lapisan ketiga (layer-3 switch) adalah gabungan antara switch dan router. Sehingga routing switch memiliki semua kemampuan switch ditambah dengan kemampuan untuk meneruskan paket data berdasarkan alamat logika seperti IP address melalui lapisan ketiga OSI.
Routing switch merupakan peralatan jaringan yang paling canggih saat ini tetapi juga merupakan yang paling mahal. Seperti halnya router, untuk mempelajari routing switch ini Anda memerlukan pengertian yang mendalam mengenai jaringan.

August 4, 2011

Siapa Bubble Haze??

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!

Dah banyak entry Bubble buat. lupa nak kenalkan diri...
Siapa Bubble ek?
Ye, salah bubble syok sangat nak menulis, sampai lupa nak kenalkan diri..

Ni la biodata Bubble yang ringkasnya:

On da way nak balik Bintulu...

 Nama empunya blog ni Mohd Asyurul Khazwan B Rafie.

Berasal dari Bintulu, Sarawak. Kota gas negara Malaysia.
Lahir tahun 1990 dan sekarang ni umur kira sendiri la ok?

Sekarang tinggal di kota Samarahan sebab belajar kat UiTM Kampus Sarawak.
Jurusan Diploma Kejuruteraan kimia.
Ni, nak promosi sket...
barang siapa yang minat bidang kejuruteraan tu, mai la masuk kos ni...kesian kat kitaorang tau. Sikit je dalam kelas (8 orang je dalam kelas ). Ni pun Lecturer kurang. Yang ramai lecturer electrical, Mechanical, dan civil je....
InsyaAllah next year akan fly ke Shah Alam ambik Degree in Chemical Engineering (Process).

Hobi oh Hobi..


Bubble ada banyak hobi..ntah la. Mungkin banyak sangat masa terluang kot.
Firstly, setiap hari bubble akan online. Macam-macam la yang Bubble cari kat internet ni. Ye la kan, sekarang ni zaman Y. Semua benda sumbat kat internet.

Lepas tu Bubble suka sukan lasak. Skateboard??? Tak la...Bubble Main Aggressive Inline A.K.A Rollerblade. Ya! i love rollerblade very much! Banyak da pertandingan join. Harap-harap dapt la wakil Malaysia. Sekali pun ok la...

X-Games Showdown Tun Jugah Kuching
Sukan ni Bubble dah main sejak form 3 sampai la sekarang. Alhamdulillah, mak dan ayah memang supportive habis! Ye la, kena seimbangkan dengan pelajaran, agama, hidup, keluarga, baru la mak ayah support. betul tak? (Haiz!! Lepas raya ni ada pertandingan sukan lasak kat Kuching. Nak tengok Bubble? Jom!)

Hobi seterusnya, Bubble suka la jugak ambik gambar..photography la kononnya. Tapi tak la serius sangat. Minat ala kadar. Kalau member ajak outing, baru la keluar kit yang dah berhabuk tu...(merancang untuk tukar ke full frame camera..boleh?)

Cita-cita:
Cita-cita pun banyak! Pertama sekali Bubble nak jadi seorang Jurutera kimia dan bekerja dengan PETRONAS. Hahaha! Kenapa?

Sebab Bubble dibesarkan dengan suasana Petronas dan jiran-jiran serta member-member Bubble ramai yang bekerja di pelantar minyak. Maka, sejak kecik lagi Bubble berminat nak ceburi bidang ni even mak ayah bubble adalah guru. Bila dapat kerja nanti, mintak-mintak la dapat kat Bintulu. Senang nak jenguk mak ayah..:)

Secondly, Bubble nak mewakili Malaysia dalam sukan lasak ni. Sekali pun tak mengapa. Asal pernah. Bubble selalu main kat Bintulu ja. Kat sana expose game ni kurang. Malah, cuma Bubble sorang je yang main menatang alah ni. Bila belajar kat Samarahan ni baru la kenal ramai member sama minat.
Then, baru la masuk banyak petandingan.

Lastly, bubble teringin nak ada perniagaan sendiri. Ye la, perniagaan adalah sesuatu yang memuaskan. Seronok berniaga tau! Walaupun kecil-kecilan, kepuasan tu tetap ada berbanding kerja makan gaji.
Lepak di KL Bersama family tersayang..:)
Kalau diberi pilihan, Bubble nak create jenama Bubble sendiri. Jenama pakaian lelaki la. Macam kasut ke, baju T-Shirt ke, Sweater ke, jacket ke...kan best ada jenama sendiri!

Kenapa berblogging??

Bagus soalan tu. Bagi Bubble, blog adalah ruang untuk menyebarkan ilmu. ilmu tu, selagi orang amalkan, selagi tu la kita dapat ganjarannya.
Melalui blog juga kita boleh kenal dengan ramai orang secara lebih dekat. Jangan tak tau, melalui gaya penulisan seseorang kita boleh gambarkan perwatakan seseorang tu secara kasar. Penulis adalah seorang yang matang? Malas? Kebudak-budakan? Suka mengkritik? Rendah diri? semuanya kita boleh tahu. terpulang kepada judgement kita kan?

Lagipun, berblogging ni satu kepuasan juga. Menulis tu lebih baik dari bercakap kosong. Sekurang-kurangnya kita berfikir sebelum menulis. Berapa ramai yang bercakap tanpa berfikir?

itu je la kot dari Bubble. Kalau skema sangat minta maaf la ye? bubble mungkin seorang yang agak lurus orangnya..hehehe...Salam dari Bubble Haze!!

August 3, 2011

Terima Kasih Ayah dan ibu....

Terima kasih? Selalu kita ucapkan...Ya memang selalu...seperti mana kita berterima kasih sejak kecil sehingga kini. Buat renungan bersama, mari kita susuri kehidupan kita sejak kecil sehingga sekarang.

Sewaktu ibu melahirkan kita..sakitnya ibu. Ayah bergegas memikul ibu bangun di malam hari tatkala mentari belum terbit.Dengan perasaan cemas si ibu menahan kesakitan seperti diheret sakaratul maut.

Lahirnya kita disambut senyuman. Kesakitan yang ditanggung berjam-jam tadi hilang serta merta. Terukir senyuman melihat kelahiran kita dengan selamat.



Namun kita menangis teresak-esak. Oh, itulah tanda terima kasih kita terhadap mereka....


Setelah umur mencecah dua bulan, ibu memekaikan iita dengan pakaian. memandikan kita dengan lembut. Di malam hari, kelambu dibuat mengahalang walau seekor nyamuk pun tak lut.
Tapi kita menangis di malam hari mahukan susu...si ibu tidak tidur semalaman sedangkan esok terpaksa lagi bangun seawal mungkin.
Oh ya, mungkin itu tanda terima kasih kita kepada ibu....

Selepas berumur 3 tahun, si ayah gembira melihat kita sudah pandai berbicara. ayah dan ibu meghantar kita ke taska. Bukan tak sayang kita. Tapi nak bagi didikan ilmu awal. Setibanya di pintu kelas, kita meraung mehu balik. Hendak berada di rumah sahaja tidak mahu ke taska...
Oh, itu tanda kita berterima kasih rupanya....



Balik kerja, ayah belikan alatan mewarna. Pensil tulis pun ayah belikan. Kerana mahu kita lengkap turun ke sekolah. Tak payah pinjam-pinjam kat kawan.
Tapi kita conteng pulak didnding rumah yang putih. Tak cukup, di sekolah pun kita bantai.
Oh ya, mungkin itu caranya kita berterima kasih...

Sewaktu di bangku sekolah rendah, mak ayah hantar kita ke sekolah. Ya, muhukan didikan sempurna. Tak pernah merungut nak hantar kita setiap. Kalau tak dapat hantar pun ayah tak kisah upah pemandu bas sekolah hantar kita. Kesudahahnya?
Kita melencong pula ke tempat lain. Maklumlah, kedai cyber dekat. Shoping mall pun sebelah je.
HHmmm...mungkin itu caranya kita berterima kasih...

Masuk sekolah menengah, mak ayah bagi bajet besar sikit. ye la, dah besar ni makan banyak sikit kat sekolah. Baru la senang nak tangkap ilmu. Tak jatuh sakit.
Tapi duit tu jadi la rokok, handphone, belanja awek, belanja balak....
Ye la kot...itu tanda kita berterima kasih....

Lepas spm, kita dapat pula tawaran masuk universiti..
Mak dan ayah sibuk cari dana untuk masukkan kita ke U. nak jadi anak yang bekerjaya bila keluar nanti.
Setibanya di u, malas pulak masuk kelas. Kuliah tak turun. Markah pun ala kadar...mak dan ayah cakap, "Takpe, usaha lagi ye nak? Mak yakin kamu boleh!"
Nak naikan semagat kita walaupun di hatinya sakit!
Oh, itu rupanya tanda terima kasih kita...

Masa konvo, mak dan ayah gembira sangat! Maklumlah, anak dah berjaya. Nak buat pula doa selamat.
"Lepas ni boleh la cari kerja ye? Lepas tu kawen. Nak juga mak timang cucu."
kita jawab apa??
"Ala mak! Baru je penat belajar. Bagi la rehat dulu. Pasal kawen tu nanti la. Baru je habis belajar. Kerja pun belum lagi..."
Susah ke nak tunaikan permintaan ibu dan ayah??

eh, itu tanda terima kasih kita rupanya....

Malam itu, panggilan telefon dari kampung. Memberitahu mak dan ayah sudah pergi selamanya.
tersentak seketika....
Rupanya aku tak sempat nak ucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah....
Baru tersedar segala kesalahan masa lalu..
Penyesalan yang tak ada sudahnya....

Bagi Bubble Haze, ucaplah terima kasih kepada ayah dan ibu sementara masih sempat ni. Bagi yang sudah tiada ibu bapa, berdoalah untuk mereka. Nescaya mereka akan gembira menerima doa dari kita...
Salam Sayang dari Bubble Haze...Hargai ibu bapa kita.

August 1, 2011

Siapa yang paling jahat?

Di sebuah gunung, ada seorang lelaki berguru dengan seorang pendeta. Sudah lama mereka berguru, maka sudah tiba si pemuda tersebut "graduate". Sebelum pemuda itu diiktiraf oleh si pendeta, dia perlu menjalani satu ujian terakhir....ujiannya tidaklah seteruk sebelum ini, malah mungkin yang paling senang!



"Kau akan tamat pelajaranmu setelah menyelesaikan ujian terakhir ini."
"apa ujiannya tuan guru?"
"Aku lepaskan kau ke kota. Engkau carilah makhluk yang oaling jahat di dunia ini dan bawakan kepadaku."
Maka si pemuda turun ke kota dan mencari orang yang paling jahat. 
Setibanya di kota, dia terjumpa dengan seorang pencuri. Pencuri ini merompak sebuah kedai dan membunuh pemilik kedai tersebut.

"Ah! Inilah manusia yang paling jahat di dunia ini! Aku mesti tangkap lelaki ini!" Si pemuda berlari mendapatkan lelaki tersebut. Setelah beberapa langkah...dia teringat....

"ah, kalau dia bertaubat, pasti amalannya lebih hebat dariku. Tidak mustahil dia akan lebih mulia jika bertaubat. Bukankah Allah itu maha pengampun?"

lalu lelaki tersebut melupakan hasrat untuk mengejar perompak tersebut.
Lantas dia berjalan lagi sehingga sampai ke sebuah kota. di sana, dia terjimpa seorang pelacur. Pelacur ini rela melayan ramai lelaki hanya kerana duit.
Lantas si pemuda itu merasakan wanita inilah yang paling jahat!
Tidak sampai beberapa saat, dia teringat betapa pengampunnya Allah dan luasnya maghfirah Allah. 
"Pasti dia akan lebih mulia darjatnya jika dia bertaubat. 

Lalu si pemuda tersebut berlalu meninggalkan tempat itu. Sedang berehat di sebuah hutan, dia ternampak seekor babi. "Ya! inilah yang aku cari! ini pasti makhluk yang paling jahat di dunia ini! Sebab itulah dia haram dari semua aspek."

Sedang mencari alat untuk menangkap si babi tadi, pemuda itu terfikir..."ah! babi hanya seekor binatang. Tiada akal dan tidak bersalah." Lalu si pemuda tersebut melupakan hasratnya untuk menangkap babi.

Sudah jauh perjalanannya dan tiba masa si pemuda kembali kepada gurunya.

"Apa engkau sudah jumpa siapa yang paling jahat?" Tanya si mahaguru..
"Wahai guruku, setelah aku berjalan di luar sana, aku tidak jumpa sesiapa pun yang jahat. Malah, aku merasakan akulah yang paling jahat!" dengan linangan air mata, si lelaki tadi melutut di hadapan gurunya.

"Bagus anak muridku...kau telah sempurnakan ujina terakhirmu. Itulah Tawadhuk. Pengubat kepada ujub dan riak. Kembalilah kepada masyarakatmu.."

Siapakah kita untuk menilai darjat manusia di sisi Allah? Malah nilailah diri kita sebelum tiba diri kita dinilai. Salam Ramadhan dari Bubble Haze...