August 4, 2011

Siapa Bubble Haze??

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!


Dah banyak entry Bubble buat. lupa nak kenalkan diri...
Siapa Bubble ek?
Ye, salah bubble syok sangat nak menulis, sampai lupa nak kenalkan diri..

Ni la biodata Bubble yang ringkasnya:

On da way nak balik Bintulu...

 Nama empunya blog ni Mohd Asyurul Khazwan B Rafie.

Berasal dari Bintulu, Sarawak. Kota gas negara Malaysia.
Lahir tahun 1990 dan sekarang ni umur kira sendiri la ok?

Sekarang tinggal di kota Samarahan sebab belajar kat UiTM Kampus Sarawak.
Jurusan Diploma Kejuruteraan kimia.
Ni, nak promosi sket...
barang siapa yang minat bidang kejuruteraan tu, mai la masuk kos ni...kesian kat kitaorang tau. Sikit je dalam kelas (8 orang je dalam kelas ). Ni pun Lecturer kurang. Yang ramai lecturer electrical, Mechanical, dan civil je....
InsyaAllah next year akan fly ke Shah Alam ambik Degree in Chemical Engineering (Process).

Hobi oh Hobi..


Bubble ada banyak hobi..ntah la. Mungkin banyak sangat masa terluang kot.
Firstly, setiap hari bubble akan online. Macam-macam la yang Bubble cari kat internet ni. Ye la kan, sekarang ni zaman Y. Semua benda sumbat kat internet.

Lepas tu Bubble suka sukan lasak. Skateboard??? Tak la...Bubble Main Aggressive Inline A.K.A Rollerblade. Ya! i love rollerblade very much! Banyak da pertandingan join. Harap-harap dapt la wakil Malaysia. Sekali pun ok la...

X-Games Showdown Tun Jugah Kuching
Sukan ni Bubble dah main sejak form 3 sampai la sekarang. Alhamdulillah, mak dan ayah memang supportive habis! Ye la, kena seimbangkan dengan pelajaran, agama, hidup, keluarga, baru la mak ayah support. betul tak? (Haiz!! Lepas raya ni ada pertandingan sukan lasak kat Kuching. Nak tengok Bubble? Jom!)

Hobi seterusnya, Bubble suka la jugak ambik gambar..photography la kononnya. Tapi tak la serius sangat. Minat ala kadar. Kalau member ajak outing, baru la keluar kit yang dah berhabuk tu...(merancang untuk tukar ke full frame camera..boleh?)

Cita-cita:
Cita-cita pun banyak! Pertama sekali Bubble nak jadi seorang Jurutera kimia dan bekerja dengan PETRONAS. Hahaha! Kenapa?

Sebab Bubble dibesarkan dengan suasana Petronas dan jiran-jiran serta member-member Bubble ramai yang bekerja di pelantar minyak. Maka, sejak kecik lagi Bubble berminat nak ceburi bidang ni even mak ayah bubble adalah guru. Bila dapat kerja nanti, mintak-mintak la dapat kat Bintulu. Senang nak jenguk mak ayah..:)

Secondly, Bubble nak mewakili Malaysia dalam sukan lasak ni. Sekali pun tak mengapa. Asal pernah. Bubble selalu main kat Bintulu ja. Kat sana expose game ni kurang. Malah, cuma Bubble sorang je yang main menatang alah ni. Bila belajar kat Samarahan ni baru la kenal ramai member sama minat.
Then, baru la masuk banyak petandingan.

Lastly, bubble teringin nak ada perniagaan sendiri. Ye la, perniagaan adalah sesuatu yang memuaskan. Seronok berniaga tau! Walaupun kecil-kecilan, kepuasan tu tetap ada berbanding kerja makan gaji.
Lepak di KL Bersama family tersayang..:)
Kalau diberi pilihan, Bubble nak create jenama Bubble sendiri. Jenama pakaian lelaki la. Macam kasut ke, baju T-Shirt ke, Sweater ke, jacket ke...kan best ada jenama sendiri!

Kenapa berblogging??

Bagus soalan tu. Bagi Bubble, blog adalah ruang untuk menyebarkan ilmu. ilmu tu, selagi orang amalkan, selagi tu la kita dapat ganjarannya.
Melalui blog juga kita boleh kenal dengan ramai orang secara lebih dekat. Jangan tak tau, melalui gaya penulisan seseorang kita boleh gambarkan perwatakan seseorang tu secara kasar. Penulis adalah seorang yang matang? Malas? Kebudak-budakan? Suka mengkritik? Rendah diri? semuanya kita boleh tahu. terpulang kepada judgement kita kan?

Lagipun, berblogging ni satu kepuasan juga. Menulis tu lebih baik dari bercakap kosong. Sekurang-kurangnya kita berfikir sebelum menulis. Berapa ramai yang bercakap tanpa berfikir?

itu je la kot dari Bubble. Kalau skema sangat minta maaf la ye? bubble mungkin seorang yang agak lurus orangnya..hehehe...Salam dari Bubble Haze!!

0 comments: