November 10, 2011

Cinta jarak jauh...susahnya...

Apa kabar semua pembaca? Bubble harap semuanya sihat.


Bila Bubble perhatikan pembaca blog ni ramai dari golongan remaja. So, Bubble nak buat satu entry yang remaja suka sangat! Iaitu CINTA....
Bagi yang dah berumah tangga, hopefully dapat berkongsi pendapat di ruang komen ye?? :)

Hari ni Bubble nak minta pendapat korang tentang cinta jarak jauh.....Yup! Cinta jarak jauh.
Ni cuma pandangan peribadi Bubble la ek? Kalau salah minta dibetulkan...



Apa perasaan korang semua bila pasangan kita jauh? Isteri jauh...suami jauh...tunang jauh....kekasih jauh....
Banyak sangat halangan....nak jumpa pun payah....kalau si dia merajuk, susah gila nak pujuk sebab jauh..
Daripada survey yang bubble dapat, bayak masalah yang ramai hadapi bila pasangan jauh.

Kepercayaan
"Susah la beb...dia tu jauh. Susah aku nak percaya"
Ni la benda paling susah nak diberi dalam sesuatu hubungan. Even bapak pun susah nak percaya anak. Ni kan pula hubungan jarak jauh macam ni...tapi mahu atau tidak, tak ada pilihan lain selain percayakan pasangan. Apa yang kita boleh buat? Maka, kita pun kena setia kalau mahu pasanagn kekal setia.
Memang betul, kita tak mampu nak bagi sepenuhnya kepercayaan kepada si dia. Pasti akan timbul rasa curiga juga. Tapi sekurang-kurangnya kita percayakan si dia tak curang dan kita juga tak berlaku curang. 
Kalaulah masih juga tak percaya??

Cuba cermin balik diri kita. Atau pasanagan kita. Apa ynag membuatkan kita tak percaya sangat? Bagi bubble ada dua je kemungkinan. 

Kesilapan diri kita

Sebelum menyalahkan orang lain, sila telitikan diri kita. Mungkin banyak kesilapan yang kita lakukan kat pasangan kita. Contohnya, kita yang gi mesej dengan betina lain sampai keluar semua ayat2 manis lepas tu kita risau pasangan kita akan buat perkara yang sama. Apa yang berlaku sebenarnya? Ya! kita takutkan bayang-bayang sendiri! Lepas tu, mula la drama mengongkong sehingga rimas dan lepas. lalu penghujungnya putus tanpa notis. Hahaha!!
persoalannya, sejauh mana kita berlaku jujur terhadap pasangan kita? Kita tak bagi pun hak si dia. Si dia berhak tau hal sebenarnya. Dah la curang, menipu la pulak....lagi mau salahkan si dia? Orang kat sana setia separuh nyawa. Kat sini kita dok berbunga-bunga layan orang lain. So, nak ketegorikan orang jenis apa ni?

"Ala, relaks la beb..tak kawen lagi pun...aku berhak memilih.."

Betul ke? Ye, memang betul berhak memilih. Kalau da tau diri tu tak mampu untuk setia, masih nak memilih, saham lagi tinggi, jangan sesekali tabur janji kat anak orang. Maklumlah...bila bercinta ni rata-rata manis mulut nak berbicara. Tabur janji setinggi langit. Impian menggunung tinggi. Kata nak setia sampai akhir hayat. Tapi, kesudahannya?? Sendiri mau ingat aaaa.....

Silap si dia..

Kalaulah kita yang setia....semuanya kita da buat. Tapi si dia lak buat hal...apa yang kita boleh buat? Orang yang macam ni sememangnya tak akan setia kalau kita jauh. Bila ada je peluang, pasti dia rembat. So, cari la yang lebih sesuai. 

Apa yang istimewanya bila cinta jarak jauh?

Yes! Bubble lagi suka cinta jarak jauh ni. Tapi nak dapatkan seseorang yang mampu beri komitmen yang tinggi dalam hubungan sebegini memang susah. Cinta jarak jauh ni dapat hindarkan kita dari buat benda-benda tak elok. Usung anak dara orang hari-hari. Orang kiri kanan tengok malu ler beb....kalau jauh ni, lagi free. free dari fitnah, free dari dosa, free dari syaitan...kalau selalu je dekat nanti orang cakap seri pengantin hilang...hehehehe....

Lagi satu, kalau yang boleh bertahan dengan hubungan cinta jarak jauh ni, Bubble berani confirm dia tak banyak kerenah. Dia pandai nak uruskan hubungan, cukup matang dalam membuat keputusan dan bijak mengawal emosi. Ei, korang boleh jamin ke cinta dekat-dekat tu bahagia?

Bila jauh, tu la cabarannya. Kesetiaan yang perlu diberi perhatian dan cara memberi perhatian kepada si dia cukup berbeza. Apa ciri-ciri orang yang mampu bercinta jarak jauh ni? Nanti kita bincangkan kat next post ek? 

semoga korang bahagia bersama orang yang tersayang..peace yo!!!

0 comments: