Salam semua kepada pembaca blog bubble nih. ;)
Hari ni bubble nak sahre kegembiraan bubble kepada semua. Setelah hampir 3 bulan bubble tak skating, akhirnya bubble akan kemabali bermain.;) Bagi yang dah tau, sebelum ni bubble pernah hilang rollerblade sebab kena curi. Memang sedih sangat. ye la, hobi yang paling bubble sayang tu. Dah la harga rollerblade tu memang mahal sangat.
![]() |
Ni la OS3 yang hilang kena curi dulu... |
Lepas kejadian tu Bubble try cari member yang boleh dapatkan roller baru untuk Bubble dan akhirnya Bubble berjumpa dengan Edosh dari shah alam. Dia official dealer aggressive skate kat malaysia ni. So, senang la berunding.;)
Bincang punya bincang, dan diberi kaunseling secara percuma oleh edosh, maka Bubble decide nak beli Razors Horn SL. SL tu maknanya "super light" thats mean roller tu nanti agak ringan sikit berbanding roller aggressive biasa. Edosh ambik order dari AggressiveMall.com. So, shiping dari UK ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 4 hari dan sampai ke Sarawak dalam seminggu.
Setelah selesai order dan tak sampai seminggu pun dah sampai ke Kuching.
![]() |
ni la dia Razors Horn SL |
Range harga rollerblade ni dari RM600 sampai RM1500 ikut la nak beli yang mana. Bagi yang beginner, rm700 dah cukup untuk dapatkan roller yang tahan lama sampai 8-10 tahun boleh pakai. :)
Bubble punya razors horn tu RM1200. setelah discount dari edosh. Sekarang wheel love buat clearence stock. Pro model pun harga rm700 je. So, siapa cepat dia dapat.
![]() |
Lawa kan? Sekarang offer tau. RM799 je kat wheel love.:) |
As a conclusion, Bubble sangat-sangat gembira dapat roller baru ni. 3 bulan tak main, memang sangat-sangat rindu nak skate balik. Sekarang dah boleh main. Cuma hari ujan la...tak dapat lagi nak try. Roller pun masih dalam kotak lagi...
0 comments:
Post a Comment